Monday, 21 December 2015

Terlampau unik.




Kadang, aku memiliki 'keunikan yang melampau' bila aku berada di kawanan atau jemaah.

Dalam kalangan rakan sekelas zaman #diplomaku, hatta perhubungan ini masih kekal sehingga 'berkerja bersama' sebagai satu jemaah biarpun bukan melibatkan keseluruhannya;

aku satu-satunya anak Melaka

aku satu-satunya yang hafal al-Quran keseluruhan,

aku satu-satunya pemain gitar yang 'tegar',

aku satu-satunya insan yang tegar melawan arus perjalanan hidup (perasan)

aku satu-satunya memiliki perwatakan yang...kompleks. err. (orang kata kot)

aku satu-satunya lelaki Melaka terakhir.. ok yang ni melampau.

haha.

Sejak usai SPM, aku tegar mengikut jalan aku sendiri tanpa cenderung dengan mana-mana rakan-rakan aku yang hendak pergi. Selepas SMTAQ, aku pilih unisza untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma setelah tak dapat Darul Quran, nak merantau kataku. Sampai saja di unisza, ada 2 orang lagi rakan sebatch - malah sekelas lagi - masuk unisza sama dalam fakulti yang sama, tapi lain kos. Aku kos iTech, sorang lagi Bahasa Arab, sorang lagi Dakwah.

Sepanjang diploma, aku memperoleh dan memanfaatkan peluang untuk mengikuti kursus elektif (subjek sunat lah kiranya), subjek Hifzul Quran, dari sem satu sampailah sem enam, bersama-sama seorang lagi rakan #diplomaku yang setahun lebih tua daripada aku dan beberapa kos dari FKI (fakulti islam) yang lain. Batang hidung rakan-rakan smtaq tidak kelihatan menandakan mereka tidak mengambil kursus elektif ini. Aku ambil peluang ini kerana nak jaga hafalan al Quran aku sepanjang berada di unisza ini, kataku, walaupun akhirnya tidak dapat menjaga dengan sempurna hendaknya.

Jun 2015, tamat sudah diploma. Bersama-sama rakan-rakan #diplomaku yang lain, aku memilih untuk kekal di unisza, mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama. Namun, sekali lagi aku 'keseorangan' - aku satu-satunya mengambil pengajian Qiraat, rakan-rakan yang lain semuanya ada 'teman'. Ada juga rakan serumahku yang 'keseorangan' - ambil Bahasa Arab, tapi aku masih belum membayangkan 'enjoyment' dia.

Aku dalam pengajian Qiraat ni, rasa macam kena survive sorang-sorang, sebab rakan serumah aku ni faham ke apa yang aku hendak peroleh dari pengajian ini? Hadaf (tujuan) aku untuk pilih kos ini sebab tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjaga hafalan al Quran yang kian 'kelabu' ini, biarpun belum terlihat hasil penjagaan, tapi aku pilih wasilah ini atas petunjuk dari Allah. Err, rakan smtaq? Mereka kekal sambung dalam bidang mereka dari diploma (Bahasa Arab & Dakwah)

Dengan tiada asas Qiraatnya, aku rasa macam... Allah... susahnya.

Berapa kali terfikir nak 'dropout' sebab rasa tak mampu buat dua benda dalam satu masa; jaga tarbiah dan jaga study. 

Oh ya, aku sambung unisza ni pun bukan suka-suka ye. Aku pernah mempunyai impian untuk 'fly', sejajar dengan impian ibu aku masa di Mekah lagi. Tapi dengan kehendak Allah, Allah tempatkan aku juga di unisza untuk meneruskan perjuangan melaksanakan matlamat hidup. Nak berunding dengan ibu masa nak sambung unisza, punyalah 'hebat' aku bergaduh dengan ibu, siap bagi hujah bagai, ibu pulak berkali-kali kata "ibu dah doa awak sambung di luar"... aku... tak boleh tahan jugak sakitnya kata-kata ibu.. tapi aku gagahkan juga. Akhirnya, ibu faham juga kehendak aku dan menyerahkan saja kepadaku, biarpun 'mindset'nya nak suruh aku study dan study dan biar berjaya peroleh sijil supaya dapat peroleh pekerjaan yang baik. Alhamdulillah.

Situasi sekarang ini, tidak sampai seminggu aku akan menghadapi imtihan akhir sem buat pertama kalinya di alam ijazah pertama. Dengan pertembungan tarbiahnya, assessment yang tak habis lagi, nak murajaah lagi, emosi aku lain betul. Aku jadi takda mood bila orang ajak aku mabit dan qiam bersama. Bab ibadah aku suka buat sendiri saat-saat begini. Duduk rumah ni dengan sapa lagi aku nak study bersama? Kenalah survive sendiri atau keluar saja dari rumah ini..buat sementara. Belum lagi cerita bab ukhuwah, pun aku dalam dilema. Ukhuwah kelas dengan ukhuwah ikhwah. Ceh.

Panjang pulak cerita aku ni. Haha. Kalau nak cerita bab nak kahwin dengan siapa pun, hanya mampu emmmmm dulu. Kehkeh. Nak kahwin pun kena 'unik' jugak ke? Mestilah kan, kerana tulang rusuk itu takkan dimiliki orang lain! Wakaka.

Baiklah, setakat ini coretan aku pada pagi yang mulia ini setelah aku berhenti seketika dari membaca matan asy syatibi bab idgham kabir, mengambil 'nafas' seketika mencorat coret halaman blog ini.

Sekian, selamat mendekatkan diri kepada Allah. :)

10 Rabi'ul Awal 1437
21 Disember 2015


Saturday, 19 December 2015

Tengah.



Bismillah.. Wassolaatu wassalam a'laa Nabiyyil Mustofa wa a'laa aalih wasohbih wa sallim.

Wa Ba'd.

Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim, yang komited (mudah-mudahan diterima dan meneruskan) sebagai Hamba-Nya dan Khalifah di muka bumi ini.

Seperti biasa, aku mencoret di dalam halaman blog ini sebagai salah satu wasilah untuk aku berkongsi perasaan sebagai seorang manusia biasa. Biarpun, sudah 2 tahun dalam tarbiah sudah sepatutnya begitu 'ekstrim' (gila-gila buat kerja) untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai Ibadah dan Khalifah, aku masih terperangkap di dalam kategori tipikaliti manusia (pada aku, lawan bagi tipikal adalah unik).

Aku manusia biasa. Manusia yang memerlukan proses secara standard untuk keluar dari kelompok manusia yang tipikal. Tipikal pada aku, adalah manusia yang melihat dirinya, arah tujunya kepada kebendaan yang berbentuk material - biarpun katanya hidupnya hanya kepada Allah, - mereka mencampur adukkan falsafah yang cenderung kepada kebendaan (baca: falsafah selain Islam seperti Marxirimisme, Darwinsisme, dan falsafah Barat dan Timur lainnya), kecenderungan berbentuk materialisme (contoh: cita-cita dunia untuk hidup senang di dunia atau memuaskan dirinya semata) dan tabiat seharian yang tidak sepatutnya seorang Muslim itu amal (berbuat jahiliah - main game, tengok movie, berbuang masa dsb) ke dalam kehidupannya. Keluar daripada tipikaliti adalah membawa kepada unik, dan unik ini adalah generasi yang amat berkualiti dalam mengembalikan Islam pada tempat yang sepatutnya di muka bumi ini, kerana orang yang unik ini tidak mungkin mensia-siakan kefahaman Islam dalam dirinya. Mereka yang unik ini tidak mungkin mencampurkan yang Haq dan yang Bathil ke dalam perjuangannya, kerana mereka memahami kesucian dan kesempurnaan Islam itu sendiri, tidak dapat dikembalikan dengan secalit kekotoran yang dicampuri (2:42, 2:208).

Sedikit sebanyak, kemengertian aku sebagai Gen. al Quran Yang Unik.

Sudah akhir sem, musim imtihan (Ujian Akhir Sem) pun tiba. Aku beberapa kali rasa tersadung dan bangkit kembali dek merasakan saat-saat ini aku menemukan esok hari yang tidak pasti. Tipikal cabaran yang dikatakan "ujian" buat pelajar universiti seperti aku adalah bila tiba cuti minggu persediaan perperiksaan, ada saja assessment (proforma kursus) yang masih belum diselesaikan. Tambahan pula, keseluruhan bab dalam pelajaran perlu untuk murajaah (ulang kaji). Biarpun subjek ujian sem ini tak banyak seperti sahabat-sahabat aku yang lain, aku terbeban. Komitmen dalam tarbiah? Tugasan dan mutabaah yang Murabbi tetapkan itu banyak jugak aku 'berhutang', nak-nak kena plan itu ini.

Aku jadi konfius nak buat apa.

Last-last, daripada aku nak buka al Quran habiskan 'hutang' mutabaah amal, aku jadi tak ada mood. Aku jadi tak tau nak buat apa malam ni walaupun masa tu juga aku berhadapan dengan Murabbi aku. Murabbi aku bagi apapun cadangan dengan menyuruh aku study (Murabbi aku dah banyak kali ingatkan amalan mutabaah bagai ni, dah ambil tindakan "iqab" pun), aku jawab dengan bahasa badan yang "entahlah" dan "aku menyerah";

"Usop nak duduk kat tengah-tengah."

"Bahaya ni..." Kata beliau, lalu Murabbi aku pun keluar dan pulanglah dia.

Memang takda mood. Biarpun dah cuba berbagai wasilah untuk aku memuaskan diri aku sepanjang hari ini tetapi dengan dalaman yang berkecamuk, aku hanya memakukan diri di tengah-tengah kekeliruan di malam yang masih muda ini.

Setelah Murabbi aku keluar, aku keluarkan komputer riba ini dan menulis coretan ini.

Mungkin, dengan menulis coretan ini sedikit sebanyak dapat memuaskan diri untuk keluar dari kekalutan ini, mungkin kerana banyaknya rasa yang tidak terluah, banyaknya bebanan dunia, banyaknya sangkaan yang bukan-bukan (khannas). Astaghfirullah.

Menulis sebagai salah satu wasilah terapi untuk meredakan kekalutan diri. Namun mengertilah wahai dikau yang membaca coretan ini, ketenangan diri itu datangnya dengan izin Allah. Ketenangan daripada perbuatan mengingati Allah itulah ketenangan selari dengan fitrah manusia (13:28), ketenangan yang mengeluarkan diri dari kekalutan dalaman. Mohonlah pada Allah untuk diberi kekuatan berzikir dan membaca Al Quran agar diberi ketenangan.

Menulis dapat mengembalikan ketenangan? Boleh jadi. :) Kerana aku meluah, aku juga memesan.

Jazakumullahu khairan. :)

Selamat membuat persiapan untuk... final. Moga ini bukan final terakhir kita. Eh.

Rabiul Awal 1437
Disember 2015

Wednesday, 30 September 2015

Bukan hobi.

Membaca bukan hobi.

Menulis juga.
---
Membaca itu makanan minda.

Menulis itu hadaman minda yang lahir ke jiwa.
---
Berjalan bukan hobi.

Berfikir juga.
---
Berjalan itu kehidupan.

Berfikir itu bertindak atas landasan.
---
Abid bukan hobi.

Khalifah juga.
---
Abid sepenuhnya kepada Allah.

Khalifah kembalikan manusia kepada-Nya.
---
Kalam Allah dalam al Furqan-Nya;

"Iqra'"

"Nun, wal qalami wama yasturun"

"Awalam yasiiruu fil ardh...?"

"Afalaa tatafakkaruun?"

"..illaa liya'buduun."

"..innii jai'lun fil ardhi khalifah..."
---
Semua ini bukan...bukan sesekali hobi

kerana Islam itu "ASLAMA", berserah diri.
---

Maghrib,
Kuala Nerus, Terengganu.

Thursday, 10 September 2015

Evening thoughts (1)

Susahnya nak i'qob (denda) diri sendiri. Seperti susahnya hendak menyental jahiliah dalam diri.

Kesusahan inilah yang menyedarkan aku bahawa tarbiah ini hakikatnya adalah suatu proses.

Teringat kata-kata seorang tokoh muharrik dakwah (lebih kurang katanya gini):

"Kita hendaklah memproses diri, proses diri sehingga t menjadi muqallah (darah daging) dalam diri kita."

Peringkat awal dalam tarbiah, semuanya manis belaka. Dapat pergi jalan-jalan, makan-makan free...gitulah.

Sampailah suatu peringkat, kita diingatkan melaksanakan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah. Di peringkat inilah ujian yang sebenar pada aku.

Kebingungan, kekeringan, kegelisahan...semuanya ada pada diri aku untuk memikirkan tanggungjawab ini. Jahiliah masih banyak lagi dalam diri sendiri. Sehingga aku menjadi kebingungan; apakah ada cara lagi untuk aku menghilangkan jahiliah yang bersarang dalam diri sejak sekian lamanya agar dapat melancarkan dakwah?

Suatu ketika aku terbaca suatu artikel, dapatlah nasihat di dalamnya bahawa jika terbuat sesuatu kesalahan atau dosa, salah satu caranya adalah menghukum (i'qab) diri sendiri. Antara contoh i'qab yang dilakukan oleh Sahabat Radhiyallahu A'nh yang mana beliau mewakafkan tanah kebunnya kerana beliau terlalai dalam solatnya!

Lalu aku mencuba untuk mengi'qab diri sendiri. Tapi hanya sampai separuh jalan. Lalu aku pun down. Rasa tak berguna lagi dalam tarbiah.

Aku sampai down, sehinggalah Allah membukakan hati aku untuk terus tsabat dalam tarbiah ini. Allah membukakan lagi pandanganku bahawa hakikat tarbiah itu adalah sebagai suatu proses untuk menjadi rijal yang berkualiti berkeperibadian professional dalam mengislah diri dan orang lain agar menjadi mukmin yang sejati dan diredhai Allah.

Untuk menjadi peribadi muslim yang menjalankan dakwah, seseorang itu tidak dapat tidak melalui proses demi proses dalam tarbiah. Dan sememangnya proses itu adalah mujahadah (susah payah).

Sebab itulah, bila rasa down, orang yang melalui tarbiah ini perlu sentiasa mencari inisiatif diri untuk membasahi hati sendiri. Masih ada 1001 jalan walaupun kita gagal dalam mencuba sesuatu jalan itu. Maknanya yang aku mengaplikasikan kata-kata ini pada diri aku adalah, kalau nak i'qab diri sendiri pun gagal, perlu untuk mencari cara lain untuk menghidupkan hati kembali seperti membuka ceramah atau taujihat di internet.

Tsabatlah dalam dakwah dan tarbiah. Biarpun payah. Kita akan menemui hakikat demi hakikat didalamnya, agar kita semakin menghargai.

#CatatanPetang

Saturday, 16 May 2015

Hidup di angkasa? Wahai!

Bismillah...



Banyangkan, anda berada di sebuah zaman yang dimana bumi yang anda duduki itu tidak lagi menghijau. Udara yang dahulunya bersih menjadi lebih kotor, penempatan yang dahulunya menyenangkan menjadi setinggan, bandar yang maju menjadi penuh dengan debu, terlalu ramai yang menanggur, keadaan manusia sekeliling semuanya miskin belaka. Dapat kerja pun, orang sibuk perli; kerja kuat manapun keadaan tetap sama. Saban hari setiap pagi untuk ke tempat kerja, dengan penuh sesak dengan manusia untuk ke sana kanak-kanak kecil berebut-rebut datang meminta sedikit wang. Kata mereka kalau ada wang, dapatlah keluar dari bumi yang kotor ini untuk naik ke angkasa, hidup di sana.

Apa? Hidup di angkasa?



Ya, dalam zaman itu, anda hanya melihat satu-satunya untuk meneruskan kehidupan yang baik hanyalah dengan hidup di sebuah kapal angkasa. Kapal angkasa itu memberikan penempatan kepada manusia dimana mereka dapat melangsungkan kehidupan dengan udara yang bersih, persekitaran yang moden dan menghijau, cukup makan sihat-sihat belaka. Senang kata, di sana dapat hidup secara normal, tidak seperti hidup di bumi yang kotor itu. Akan tetapi, hanya orang-orang kaya sahaja yang layak untuk hidup di kapal itu. Sesiapa yang datang dari bumi tanpa kebenaran akan ditembak atas alasan 'Pendatang Tanpa Izin (PATI)'.


Bayangkan, anda yang sudah lama hidup di bumi yang kotor ini, sudah penat lelah kumpul segala harta, atau tiba-tiba anda menjadi kaya, anda berpeluang untuk pergi ke kapal angkasa itu bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Pada masa yang sama, anda antara komuniti muslim yang masih ada di bumi ini. Anda menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan anda masih ada secebis iman. Soalnya, adakah anda patut tinggalkan bumi yang anda duduki itu, semata-mana untuk meneruskan kehidupan yang kononnya menjanjikan kehidupan yang lebih baik?

Anda yang masih beriman, cuba lihat, dan renungi kalam Allah di Surah al Baqarah, Surah kedua ayat 30. Apa lagi tujuan Allah subhaanahu wa taala menciptakan kita sebagai manusia selain menjadi makhluk yang memimpin (khalifah), yang memakmurkan bumi ini?


Anda berada dalam situasi dan keadaan sedemikan, anda sedar, bumi ini sudah lama menjadi kotor dan tidak ubah seperti ketinggalan dan ditinggalkan adalah kerana kealpaan umat manusia bertahun dahulu yang  hidup di bumi ini dengan sewenang-wenangnya. Manusia pada ketika itu meraih nikmat yang ada di muka bumi, akan tetapi mereka alpa dalam menguruskan bumi ini secara zahir seperti membuang sampah merata tempat, membiarkan asap-asap kotor berterbangan ke udara dan pembangunan yang tidak terkawal. Secara batinnya, amalan rasuah, hasad dengki, merasa tidak takut pada Tuhan menjadi rutin tanpa rasa ingin kembali kepada Yang Menciptakan Bumi ini. Anda akui, kata-kata Allah dalam Surah ar Rum ayat 41 sangat membuktikan bahawa rosaknya bumi kerana tangan-tangan manusia.

Anda mula sedar, rosaknya bumi kini kerana rosaknya umat terdahulu, dan tiada seorangpun yang mengubah bumi ini menjadi lebih baik buat sekian lamanya. Manusia yang baik-baik terdahulu semuanya sudah tiada. Anda tercari-cari lagi jawapan dan alasan bagaimana untuk meneruskan kehidupan anda pada ketika ini.

Patutkah anda tinggalkan bumi ini? Persoalan timbul.



Perhatikan kisah Nabi Yunus a'layhissalam, Baginda meninggalkan umatnya kerana berasa tidak tahan dengan keengganan mereka untuk menerima ajakan Baginda untuk kembali kepada ajaran Tauhid yang benar. Baginda meninggalkan tempatnya yang bernama Nainawa menuju ke laut, lantas menaiki sebuah kapal dan berlayar bersama manusia-manusia di situ. Dipendekkan cerita, Nabi Yunus akhirnya merelakan dirinya untuk jatuh ke tengah lautan setelah diundi sebanyak tiga kali oleh penumpang kapal yang dimana keadaan kapal itu menjadi kalut, menjadikan mereka terpaksa membuang salah seorang dari mereka untuk menstabilkan keadaan kapal itu. Allah menguji Nabi Yunus dengan mengutuskan seekor ikan Nun untuk menelan Baginda. Baginda akhirnya dapat dikeluarkan setelah 40 hari hidup di perut ikan Nun bertemankan zikir di bibir Baginda dalam keadaan tiada makan minum.

Anda yang merenungi kisah ini membayangkan, jika anda yang masih mengaku beriman dalam hati, anda tinggalkan bumi ini tanpa sebarang usaha untuk memakmurkan bumi ini, apa akibatnya bila Allah uji anda ketika dalam perjalanan ke angkasa sana? Anda tiba-tiba diuji dengan kederaan untuk kesana menjadi rosak sedangkan anda sudah baru sahaja sudah keluar dari atmosfera bumi. Ketika itu anda berasa sesak, seakan-akan peluang untuk menungkapkan kata-kata kembali kepada Allah terasa sempit.

Anda yang membuat keputusan untuk meninggalkan bumi hanya untuk hidup selesa semata, serupalah anda ini seorang manusia yang tidak bertanggungjawab. Manusia yang tidak bertanggunggjawab itu bukanlah dari sifat kalangan orang mukminin, yang mana sifat orang mukminin itu adalah yang memelihara tanggungjawabnya yang Allah telah perkatakan dalam Surah al Mukminun, surah ke 23 ayat ke 18.

Anda yang mahukan kehidupan yang lebih baik tetapi tidak menjadikan tujuan Allah menjadikan anda sebagai seorang manusia sebagai pegangan hidup, sampai bilapun bumi ini tidak akan menjadi baik. Statik, atau menjadi lebih buruk lagi. Anda zalim terhadap diri sendiri kerana menzalimi manusia lain dengan membiarkan mereka hidup dalam kemunduran.

Ketahuilah, kehidupan di dunia ini hanya bersifat sementara, permainan dan penuh dengan gurau senda serta tipu daya. Jika anda hanya melihat kehidupan di dunia ini untuk menjadikan diri anda lebih selesa, ketahuilah anda tidak akan selamanya selesa. Sakit yang tiada sejak sekian lama pun, mati jua menemui anda akhirnya, dan anda menuju jua ke suatu daerah yang sama dengan seluruh makhluk, iaitu alam Akhirat. Alam ini bersifat kekal dimana seluruh makhluk tidak boleh kembali kepada kehidupan mereka di dunia. Segala apa yang anda lakukan sepanjang kehidupan anda di dunia ini semuanya dihitung oleh Allah Subhaanahu Wa Ta'aala, dan menjadi penentu kepada sengsara atau bahagia yang berkekalan.

Terfikirkah anda, apa yang anda lakukan dan usahakan sekarang menjadi penentu kepada kehidupan anda di akhirat kelak?

Menuju kehidupan dunia yang sementara, atau mahukan kehidupan akhirat yang sempurna?

Tepuk pada dada, tanya sama iman.

...

Pengajaran dari coretan ini?

Apa yang saya nukilkan ini, sebenarnya untuk diri saya sendiri. Saya mempunyai impian sendiri, mahukan kehidupan yang lebih baik dari membiarkan diri berada dalam persekitaran jahiliah ini. Akan tetapi, saya membuat perumpamaan sebegini untuk refleksi diri, dan anda semua, agaknyalah kan, kita ni manusia jenis apa bila berhadapan dengan keadaan seumpama ini.

Sedangkan nak habis pengajian diploma ini, teragak-agak lagi nak kekal di universiti ini atau tidak. Moga Allah ampuni atas kelemahan saya dan kta semua. Moga saya dan para pembaca sentiasa diberi taufik dan hidayah untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang memakmurkan bumi ini.

Amiin. Jazakumullah Khair.



Thursday, 8 January 2015

Sunnah Orang Berjuang: Dalam dakapan keremajaan... (1)

Bismillah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah, keluarga Baginda, para sahabat Baginda, Tabiin serta Tabi' Tabiin.

Allahummaz Alhimnaa bimaa yanfaunaa
Allahummaz Zidnaa Walaa Tanqusnaa


Meniti usia remaja, berbagai rupa gelojak rasa datang menyapa.

Suka, duka, resah, gelisah, teruja, terduga... datang bersilih ganti. Kita pemuda, sudah semestinya dikurnia rasa sebegitu rupa. Waktu meniti usia kanak-kanak, kita dimanja, dibeliai dengan kasih sayang ibu bapa atau penjaga kita, kita berkelakuan keanak-anakkan, baru hendak mengenal dunia rupanya. Tidak tahu siapa dirinya. Tidak tahu dari mana mereka datang, dan ke mana mereka akan pergi. Apatah lagi, tujuan dan matlamat hidupnya, langsung tiada dalam kamus hidup mereka.

Waktu mencapai awal usia akil baligh, mulalah menyedari perubahan fizikalnya. Sedari itu, berbagai persoalan mula menyapa dirinya; siapa aku? Dari mana aku datang? Ke mana aku akan pergi nanti? Kenapa aku hidup? Nak jadi apa? Nak kahwin dengan siapa? dan sebagainya...

Dari situ, terlihatlah bermulanya proses pembentukan keperibadian. Jika jiwa remaja tiada langsung persoalan seperti ini kepada dirinya, jangankan hal agama pun diambil ringannya, hanya tahu bekerja untuk sekadar bekerja sahaja. Tidak berpandangan jauh, tiada wawasan yang membawa kepada kembalinya ruh islam yang telah 'mati' sejak sekian lama di seluruh pelusuk dunia. Keperibadian dibentuk dengan datangnya pengaruh keatas dirinya, sama ada sendiri yang mencari atau orang sekeliling seperti rakan sebaya yang mempengaruhinya. Pengaruh yang dibawa itu disebut sebagai 'fikrah', yakni terbentuknya fikrah itu adalah kerana pengaruh yang datang kepadanya. Jika pengaruh yang datang itu adalah yang baik, maka akan terbentuk suatu fikrah yang baik pada dirinya. Seperti fikrah islam yang membawa kepada 'rahmat ke seluruh alam', tersemat di dalam hatinya bahawa betapa pentingnya untuk berakhlak mulia, bermanfaat bagi orang lain, berilmu dan beramal, fikir risau umat, memahami sirah dan perjuangan Nabi dan para sahabat, dan sebagainya. Dari situ terbentuknya satu ruh perjuangan dalam dirinya. Keazaman untuk menjadi agen perubahan menjadi 'zikir harian'nya, biarpun keperibadiannya dari segi sejauh mana dirinya menjadi qudwah (contoh) kepada orang lain masih belum terbentuk. Jika pengaruh yang datang itu bukan daripada fikrah islam, makna hidup untuk dirinya hanya untuk dirinya sahaja. Malang sekali bagi manusia yang masih tidak dapat fikrah islam, mereka masih lagi teraba-raba untuk mencari erti hidup yang sebenar. Mereka tidak dapat melangkah lebih jauh untuk menjadi agen perubahan kepada masyarakat kerana tiada panduan khusus untuk mereka.

Baik, berbicara mengenai fikrah dan perjuangan, apabila tertanamnya fikrah yang baik atas diri pemuda, maka terbentuklah 'mind set' mereka bahawa mereka adalah obor-obor kepada perjuangan 'mengembalikan yang hak'. Remaja, sang pejuang, berjiwa pejuang, dan hidup sebagai sang pejuang. Apabila meletakkan diri mereka sebagai seorang pejuang, sedangkan diri mereka remaja, secara tidak langsung mereka mempunyai hamasah (semangat) untuk merealisasikan impiannya, dengan kefahaman dan fikrah yang ada. Pemuda mempunyai kudrat yang kuat, fizikal yang mantap, kepantasan yang ampuh dan keazaman yang mampu mengalahkan sekeras besi. Namun, dalam tempoh usia pinjaman Allah ini, remaja mudah menjadi rasa tewas, rasa futur (putus asa), rasa kecewa, gelisah, terkadang gopoh dalam membuat sesuatu, mudah berasa keseorangan, rasa suka terhadap ajnabi (orang asing, berlainan jantina), mudah berasa kesempitan,  mudah berasa marah, rasa suka berhibur dengan berlebihan, mudah tewas kepada ajakan nafsu yang membawa kepada perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia dan sebagainya. Kesemua sifat negatif itu adalah sebagai satu cabaran dari Allah kepada mereka, apakah mereka benar-benar ikhlas untuk berjuang di jalan Allah atau sebaliknya.

Firman Allah,

إنّا جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيّهم أحسن عملا
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Al-Kahf 18:7)

Menjadi lumrah remaja, apabila jatuh, rasa begitu sukar untuk bangkit kembali. Namun dengan keimanan, keikhlasan, semangat berkorban dalam dirinya untuk bekerja mendorong kepada jiwa seseorang remaja yang menerima fikrah yang suci ini untuk terus asa dan tidak gugur di jalan perjuangan ini. Segala-galanya, dimulakan dan dibentuk bermula dengan sentuhan yang indah bernama Tarbiyyah.

Di sini, saya ingin kongsikan kata-kata ikon dakwah islami abad ini, As Syahid Imam Hasan Al Banna:
إنما تنجح الفكرة إذا قوي الإيمان بها،  وتوفّر الإخلاص في سبيلها، وازذادت الحماسة لها، ووجد الا ستعداد الذي  يحمل على التضحية والعمل لتحقيقها
Sesungguhnya Fikrah Islam itu akan berjaya (disebarkan) apabila kuat keimanan (pemuda) dengannya, ikhlas ketika berada di jalannya (ketika penyebarannya), bertambah semangat baginya dan mempunyai persediaan dari segi pengorbanan dan bekerja untuk merealisasikannya. 
Setakat ini bicara untuk malam ini.
Bicara seterusnya mengenai bab ini, adalah lebih kepada pengalaman saya sendiri, dan motivasi dari sirah Rasulullah Sallallahu A'layhi wa Sallam insya Allah. Wallahu aklam.