Kadang, aku memiliki 'keunikan yang melampau' bila aku berada di kawanan atau jemaah.
Dalam kalangan rakan sekelas zaman #diplomaku, hatta perhubungan ini masih kekal sehingga 'berkerja bersama' sebagai satu jemaah biarpun bukan melibatkan keseluruhannya;
aku satu-satunya anak Melaka
aku satu-satunya yang hafal al-Quran keseluruhan,
aku satu-satunya pemain gitar yang 'tegar',
aku satu-satunya insan yang tegar melawan arus perjalanan hidup (perasan)
aku satu-satunya memiliki perwatakan yang...kompleks. err. (orang kata kot)
aku satu-satunya lelaki Melaka terakhir.. ok yang ni melampau.
haha.
Sejak usai SPM, aku tegar mengikut jalan aku sendiri tanpa cenderung dengan mana-mana rakan-rakan aku yang hendak pergi. Selepas SMTAQ, aku pilih unisza untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma setelah tak dapat Darul Quran, nak merantau kataku. Sampai saja di unisza, ada 2 orang lagi rakan sebatch - malah sekelas lagi - masuk unisza sama dalam fakulti yang sama, tapi lain kos. Aku kos iTech, sorang lagi Bahasa Arab, sorang lagi Dakwah.
Sepanjang diploma, aku memperoleh dan memanfaatkan peluang untuk mengikuti kursus elektif (subjek sunat lah kiranya), subjek Hifzul Quran, dari sem satu sampailah sem enam, bersama-sama seorang lagi rakan #diplomaku yang setahun lebih tua daripada aku dan beberapa kos dari FKI (fakulti islam) yang lain. Batang hidung rakan-rakan smtaq tidak kelihatan menandakan mereka tidak mengambil kursus elektif ini. Aku ambil peluang ini kerana nak jaga hafalan al Quran aku sepanjang berada di unisza ini, kataku, walaupun akhirnya tidak dapat menjaga dengan sempurna hendaknya.
Jun 2015, tamat sudah diploma. Bersama-sama rakan-rakan #diplomaku yang lain, aku memilih untuk kekal di unisza, mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama. Namun, sekali lagi aku 'keseorangan' - aku satu-satunya mengambil pengajian Qiraat, rakan-rakan yang lain semuanya ada 'teman'. Ada juga rakan serumahku yang 'keseorangan' - ambil Bahasa Arab, tapi aku masih belum membayangkan 'enjoyment' dia.
Aku dalam pengajian Qiraat ni, rasa macam kena survive sorang-sorang, sebab rakan serumah aku ni faham ke apa yang aku hendak peroleh dari pengajian ini? Hadaf (tujuan) aku untuk pilih kos ini sebab tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjaga hafalan al Quran yang kian 'kelabu' ini, biarpun belum terlihat hasil penjagaan, tapi aku pilih wasilah ini atas petunjuk dari Allah. Err, rakan smtaq? Mereka kekal sambung dalam bidang mereka dari diploma (Bahasa Arab & Dakwah)
Dengan tiada asas Qiraatnya, aku rasa macam... Allah... susahnya.
Berapa kali terfikir nak 'dropout' sebab rasa tak mampu buat dua benda dalam satu masa; jaga tarbiah dan jaga study.
Oh ya, aku sambung unisza ni pun bukan suka-suka ye. Aku pernah mempunyai impian untuk 'fly', sejajar dengan impian ibu aku masa di Mekah lagi. Tapi dengan kehendak Allah, Allah tempatkan aku juga di unisza untuk meneruskan perjuangan melaksanakan matlamat hidup. Nak berunding dengan ibu masa nak sambung unisza, punyalah 'hebat' aku bergaduh dengan ibu, siap bagi hujah bagai, ibu pulak berkali-kali kata "ibu dah doa awak sambung di luar"... aku... tak boleh tahan jugak sakitnya kata-kata ibu.. tapi aku gagahkan juga. Akhirnya, ibu faham juga kehendak aku dan menyerahkan saja kepadaku, biarpun 'mindset'nya nak suruh aku study dan study dan biar berjaya peroleh sijil supaya dapat peroleh pekerjaan yang baik. Alhamdulillah.
Situasi sekarang ini, tidak sampai seminggu aku akan menghadapi imtihan akhir sem buat pertama kalinya di alam ijazah pertama. Dengan pertembungan tarbiahnya, assessment yang tak habis lagi, nak murajaah lagi, emosi aku lain betul. Aku jadi takda mood bila orang ajak aku mabit dan qiam bersama. Bab ibadah aku suka buat sendiri saat-saat begini. Duduk rumah ni dengan sapa lagi aku nak study bersama? Kenalah survive sendiri atau keluar saja dari rumah ini..buat sementara. Belum lagi cerita bab ukhuwah, pun aku dalam dilema. Ukhuwah kelas dengan ukhuwah ikhwah. Ceh.
Panjang pulak cerita aku ni. Haha. Kalau nak cerita bab nak kahwin dengan siapa pun, hanya mampu emmmmm dulu. Kehkeh. Nak kahwin pun kena 'unik' jugak ke? Mestilah kan, kerana tulang rusuk itu takkan dimiliki orang lain! Wakaka.
Baiklah, setakat ini coretan aku pada pagi yang mulia ini setelah aku berhenti seketika dari membaca matan asy syatibi bab idgham kabir, mengambil 'nafas' seketika mencorat coret halaman blog ini.
Sekian, selamat mendekatkan diri kepada Allah. :)
10 Rabi'ul Awal 1437
21 Disember 2015
No comments:
Post a Comment