Bismillah.. Wassolaatu wassalam a'laa Nabiyyil Mustofa wa a'laa aalih wasohbih wa sallim.
Wa Ba'd.
Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim, yang komited (mudah-mudahan diterima dan meneruskan) sebagai Hamba-Nya dan Khalifah di muka bumi ini.
Seperti biasa, aku mencoret di dalam halaman blog ini sebagai salah satu wasilah untuk aku berkongsi perasaan sebagai seorang manusia biasa. Biarpun, sudah 2 tahun dalam tarbiah sudah sepatutnya begitu 'ekstrim' (gila-gila buat kerja) untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai Ibadah dan Khalifah, aku masih terperangkap di dalam kategori tipikaliti manusia (pada aku, lawan bagi tipikal adalah unik).
Aku manusia biasa. Manusia yang memerlukan proses secara standard untuk keluar dari kelompok manusia yang tipikal. Tipikal pada aku, adalah manusia yang melihat dirinya, arah tujunya kepada kebendaan yang berbentuk material - biarpun katanya hidupnya hanya kepada Allah, - mereka mencampur adukkan falsafah yang cenderung kepada kebendaan (baca: falsafah selain Islam seperti Marxirimisme, Darwinsisme, dan falsafah Barat dan Timur lainnya), kecenderungan berbentuk materialisme (contoh: cita-cita dunia untuk hidup senang di dunia atau memuaskan dirinya semata) dan tabiat seharian yang tidak sepatutnya seorang Muslim itu amal (berbuat jahiliah - main game, tengok movie, berbuang masa dsb) ke dalam kehidupannya. Keluar daripada tipikaliti adalah membawa kepada unik, dan unik ini adalah generasi yang amat berkualiti dalam mengembalikan Islam pada tempat yang sepatutnya di muka bumi ini, kerana orang yang unik ini tidak mungkin mensia-siakan kefahaman Islam dalam dirinya. Mereka yang unik ini tidak mungkin mencampurkan yang Haq dan yang Bathil ke dalam perjuangannya, kerana mereka memahami kesucian dan kesempurnaan Islam itu sendiri, tidak dapat dikembalikan dengan secalit kekotoran yang dicampuri (2:42, 2:208).
Sedikit sebanyak, kemengertian aku sebagai Gen. al Quran Yang Unik.
Sudah akhir sem, musim imtihan (Ujian Akhir Sem) pun tiba. Aku beberapa kali rasa tersadung dan bangkit kembali dek merasakan saat-saat ini aku menemukan esok hari yang tidak pasti. Tipikal cabaran yang dikatakan "ujian" buat pelajar universiti seperti aku adalah bila tiba cuti minggu persediaan perperiksaan, ada saja assessment (proforma kursus) yang masih belum diselesaikan. Tambahan pula, keseluruhan bab dalam pelajaran perlu untuk murajaah (ulang kaji). Biarpun subjek ujian sem ini tak banyak seperti sahabat-sahabat aku yang lain, aku terbeban. Komitmen dalam tarbiah? Tugasan dan mutabaah yang Murabbi tetapkan itu banyak jugak aku 'berhutang', nak-nak kena plan itu ini.
Aku jadi konfius nak buat apa.
Last-last, daripada aku nak buka al Quran habiskan 'hutang' mutabaah amal, aku jadi tak ada mood. Aku jadi tak tau nak buat apa malam ni walaupun masa tu juga aku berhadapan dengan Murabbi aku. Murabbi aku bagi apapun cadangan dengan menyuruh aku study (Murabbi aku dah banyak kali ingatkan amalan mutabaah bagai ni, dah ambil tindakan "iqab" pun), aku jawab dengan bahasa badan yang "entahlah" dan "aku menyerah";
"Usop nak duduk kat tengah-tengah."
"Bahaya ni..." Kata beliau, lalu Murabbi aku pun keluar dan pulanglah dia.
Memang takda mood. Biarpun dah cuba berbagai wasilah untuk aku memuaskan diri aku sepanjang hari ini tetapi dengan dalaman yang berkecamuk, aku hanya memakukan diri di tengah-tengah kekeliruan di malam yang masih muda ini.
Setelah Murabbi aku keluar, aku keluarkan komputer riba ini dan menulis coretan ini.
Mungkin, dengan menulis coretan ini sedikit sebanyak dapat memuaskan diri untuk keluar dari kekalutan ini, mungkin kerana banyaknya rasa yang tidak terluah, banyaknya bebanan dunia, banyaknya sangkaan yang bukan-bukan (khannas). Astaghfirullah.
Menulis sebagai salah satu wasilah terapi untuk meredakan kekalutan diri. Namun mengertilah wahai dikau yang membaca coretan ini, ketenangan diri itu datangnya dengan izin Allah. Ketenangan daripada perbuatan mengingati Allah itulah ketenangan selari dengan fitrah manusia (13:28), ketenangan yang mengeluarkan diri dari kekalutan dalaman. Mohonlah pada Allah untuk diberi kekuatan berzikir dan membaca Al Quran agar diberi ketenangan.
Menulis dapat mengembalikan ketenangan? Boleh jadi. :) Kerana aku meluah, aku juga memesan.
Jazakumullahu khairan. :)
Selamat membuat persiapan untuk... final. Moga ini bukan final terakhir kita. Eh.
Rabiul Awal 1437
Disember 2015
No comments:
Post a Comment