Allahummaz Alhimnaa bimaa yanfaunaa
Allahummaz Zidnaa Walaa Tanqusnaa
Meniti usia remaja, berbagai rupa gelojak rasa datang menyapa.
Suka, duka, resah, gelisah, teruja, terduga... datang bersilih ganti. Kita pemuda, sudah semestinya dikurnia rasa sebegitu rupa. Waktu meniti usia kanak-kanak, kita dimanja, dibeliai dengan kasih sayang ibu bapa atau penjaga kita, kita berkelakuan keanak-anakkan, baru hendak mengenal dunia rupanya. Tidak tahu siapa dirinya. Tidak tahu dari mana mereka datang, dan ke mana mereka akan pergi. Apatah lagi, tujuan dan matlamat hidupnya, langsung tiada dalam kamus hidup mereka.
Waktu mencapai awal usia akil baligh, mulalah menyedari perubahan fizikalnya. Sedari itu, berbagai persoalan mula menyapa dirinya; siapa aku? Dari mana aku datang? Ke mana aku akan pergi nanti? Kenapa aku hidup? Nak jadi apa? Nak kahwin dengan siapa? dan sebagainya...
Dari situ, terlihatlah bermulanya proses pembentukan keperibadian. Jika jiwa remaja tiada langsung persoalan seperti ini kepada dirinya, jangankan hal agama pun diambil ringannya, hanya tahu bekerja untuk sekadar bekerja sahaja. Tidak berpandangan jauh, tiada wawasan yang membawa kepada kembalinya ruh islam yang telah 'mati' sejak sekian lama di seluruh pelusuk dunia. Keperibadian dibentuk dengan datangnya pengaruh keatas dirinya, sama ada sendiri yang mencari atau orang sekeliling seperti rakan sebaya yang mempengaruhinya. Pengaruh yang dibawa itu disebut sebagai 'fikrah', yakni terbentuknya fikrah itu adalah kerana pengaruh yang datang kepadanya. Jika pengaruh yang datang itu adalah yang baik, maka akan terbentuk suatu fikrah yang baik pada dirinya. Seperti fikrah islam yang membawa kepada 'rahmat ke seluruh alam', tersemat di dalam hatinya bahawa betapa pentingnya untuk berakhlak mulia, bermanfaat bagi orang lain, berilmu dan beramal, fikir risau umat, memahami sirah dan perjuangan Nabi dan para sahabat, dan sebagainya. Dari situ terbentuknya satu ruh perjuangan dalam dirinya. Keazaman untuk menjadi agen perubahan menjadi 'zikir harian'nya, biarpun keperibadiannya dari segi sejauh mana dirinya menjadi qudwah (contoh) kepada orang lain masih belum terbentuk. Jika pengaruh yang datang itu bukan daripada fikrah islam, makna hidup untuk dirinya hanya untuk dirinya sahaja. Malang sekali bagi manusia yang masih tidak dapat fikrah islam, mereka masih lagi teraba-raba untuk mencari erti hidup yang sebenar. Mereka tidak dapat melangkah lebih jauh untuk menjadi agen perubahan kepada masyarakat kerana tiada panduan khusus untuk mereka.
Baik, berbicara mengenai fikrah dan perjuangan, apabila tertanamnya fikrah yang baik atas diri pemuda, maka terbentuklah 'mind set' mereka bahawa mereka adalah obor-obor kepada perjuangan 'mengembalikan yang hak'. Remaja, sang pejuang, berjiwa pejuang, dan hidup sebagai sang pejuang. Apabila meletakkan diri mereka sebagai seorang pejuang, sedangkan diri mereka remaja, secara tidak langsung mereka mempunyai hamasah (semangat) untuk merealisasikan impiannya, dengan kefahaman dan fikrah yang ada. Pemuda mempunyai kudrat yang kuat, fizikal yang mantap, kepantasan yang ampuh dan keazaman yang mampu mengalahkan sekeras besi. Namun, dalam tempoh usia pinjaman Allah ini, remaja mudah menjadi rasa tewas, rasa futur (putus asa), rasa kecewa, gelisah, terkadang gopoh dalam membuat sesuatu, mudah berasa keseorangan, rasa suka terhadap ajnabi (orang asing, berlainan jantina), mudah berasa kesempitan, mudah berasa marah, rasa suka berhibur dengan berlebihan, mudah tewas kepada ajakan nafsu yang membawa kepada perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia dan sebagainya. Kesemua sifat negatif itu adalah sebagai satu cabaran dari Allah kepada mereka, apakah mereka benar-benar ikhlas untuk berjuang di jalan Allah atau sebaliknya.
Firman Allah,
إنّا جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيّهم أحسن عملا
Menjadi lumrah remaja, apabila jatuh, rasa begitu sukar untuk bangkit kembali. Namun dengan keimanan, keikhlasan, semangat berkorban dalam dirinya untuk bekerja mendorong kepada jiwa seseorang remaja yang menerima fikrah yang suci ini untuk terus asa dan tidak gugur di jalan perjuangan ini. Segala-galanya, dimulakan dan dibentuk bermula dengan sentuhan yang indah bernama Tarbiyyah.
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Al-Kahf 18:7)
Di sini, saya ingin kongsikan kata-kata ikon dakwah islami abad ini, As Syahid Imam Hasan Al Banna:
إنما تنجح الفكرة إذا قوي الإيمان بها، وتوفّر الإخلاص في سبيلها، وازذادت الحماسة لها، ووجد الا ستعداد الذي يحمل على التضحية والعمل لتحقيقها
Sesungguhnya Fikrah Islam itu akan berjaya (disebarkan) apabila kuat keimanan (pemuda) dengannya, ikhlas ketika berada di jalannya (ketika penyebarannya), bertambah semangat baginya dan mempunyai persediaan dari segi pengorbanan dan bekerja untuk merealisasikannya.
Setakat ini bicara untuk malam ini.Sesungguhnya Fikrah Islam itu akan berjaya (disebarkan) apabila kuat keimanan (pemuda) dengannya, ikhlas ketika berada di jalannya (ketika penyebarannya), bertambah semangat baginya dan mempunyai persediaan dari segi pengorbanan dan bekerja untuk merealisasikannya.
Bicara seterusnya mengenai bab ini, adalah lebih kepada pengalaman saya sendiri, dan motivasi dari sirah Rasulullah Sallallahu A'layhi wa Sallam insya Allah. Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment