Wednesday, 30 September 2015

Bukan hobi.

Membaca bukan hobi.

Menulis juga.
---
Membaca itu makanan minda.

Menulis itu hadaman minda yang lahir ke jiwa.
---
Berjalan bukan hobi.

Berfikir juga.
---
Berjalan itu kehidupan.

Berfikir itu bertindak atas landasan.
---
Abid bukan hobi.

Khalifah juga.
---
Abid sepenuhnya kepada Allah.

Khalifah kembalikan manusia kepada-Nya.
---
Kalam Allah dalam al Furqan-Nya;

"Iqra'"

"Nun, wal qalami wama yasturun"

"Awalam yasiiruu fil ardh...?"

"Afalaa tatafakkaruun?"

"..illaa liya'buduun."

"..innii jai'lun fil ardhi khalifah..."
---
Semua ini bukan...bukan sesekali hobi

kerana Islam itu "ASLAMA", berserah diri.
---

Maghrib,
Kuala Nerus, Terengganu.

Thursday, 10 September 2015

Evening thoughts (1)

Susahnya nak i'qob (denda) diri sendiri. Seperti susahnya hendak menyental jahiliah dalam diri.

Kesusahan inilah yang menyedarkan aku bahawa tarbiah ini hakikatnya adalah suatu proses.

Teringat kata-kata seorang tokoh muharrik dakwah (lebih kurang katanya gini):

"Kita hendaklah memproses diri, proses diri sehingga t menjadi muqallah (darah daging) dalam diri kita."

Peringkat awal dalam tarbiah, semuanya manis belaka. Dapat pergi jalan-jalan, makan-makan free...gitulah.

Sampailah suatu peringkat, kita diingatkan melaksanakan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah. Di peringkat inilah ujian yang sebenar pada aku.

Kebingungan, kekeringan, kegelisahan...semuanya ada pada diri aku untuk memikirkan tanggungjawab ini. Jahiliah masih banyak lagi dalam diri sendiri. Sehingga aku menjadi kebingungan; apakah ada cara lagi untuk aku menghilangkan jahiliah yang bersarang dalam diri sejak sekian lamanya agar dapat melancarkan dakwah?

Suatu ketika aku terbaca suatu artikel, dapatlah nasihat di dalamnya bahawa jika terbuat sesuatu kesalahan atau dosa, salah satu caranya adalah menghukum (i'qab) diri sendiri. Antara contoh i'qab yang dilakukan oleh Sahabat Radhiyallahu A'nh yang mana beliau mewakafkan tanah kebunnya kerana beliau terlalai dalam solatnya!

Lalu aku mencuba untuk mengi'qab diri sendiri. Tapi hanya sampai separuh jalan. Lalu aku pun down. Rasa tak berguna lagi dalam tarbiah.

Aku sampai down, sehinggalah Allah membukakan hati aku untuk terus tsabat dalam tarbiah ini. Allah membukakan lagi pandanganku bahawa hakikat tarbiah itu adalah sebagai suatu proses untuk menjadi rijal yang berkualiti berkeperibadian professional dalam mengislah diri dan orang lain agar menjadi mukmin yang sejati dan diredhai Allah.

Untuk menjadi peribadi muslim yang menjalankan dakwah, seseorang itu tidak dapat tidak melalui proses demi proses dalam tarbiah. Dan sememangnya proses itu adalah mujahadah (susah payah).

Sebab itulah, bila rasa down, orang yang melalui tarbiah ini perlu sentiasa mencari inisiatif diri untuk membasahi hati sendiri. Masih ada 1001 jalan walaupun kita gagal dalam mencuba sesuatu jalan itu. Maknanya yang aku mengaplikasikan kata-kata ini pada diri aku adalah, kalau nak i'qab diri sendiri pun gagal, perlu untuk mencari cara lain untuk menghidupkan hati kembali seperti membuka ceramah atau taujihat di internet.

Tsabatlah dalam dakwah dan tarbiah. Biarpun payah. Kita akan menemui hakikat demi hakikat didalamnya, agar kita semakin menghargai.

#CatatanPetang